PENGENALAN

 Pengenalan:


Apa itu sukan ?

     Sukan ialah satu aktiviti riadah yang merangkumi aktiviti fizikal dan juga mental.Sukan boleh dijadikan sebagai pertandingan,keseronokan,pembangunan,kemahiran dan kecemerlangan.Perbezaan antara tujuaan membezakan sifat sesuatu sukan itu.Contohnya,berenang secara bersaingan di hadapan ribuaan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Terdapat pelbagai jenis sukan dan sebahagiannya perlu mengorbankan masa,wang dan tenaga.Sukan fizikal mementingkan sifat-sifat kekuatan,stamina dan kelajuan.Manakala sukan mental cenderung kepada penggunaan pemikiran strategik seperti dalam sukan catur.Pada zaman globalisasi kini,e-sukan menjadi terkenal di persada antarabangsa.E-sukan merupakan sejenis bentuk pertandingan dengan permainan video dan e-sukan lebih kepada penggunaan pemikiran yang strategik.

Apa itu perpaduaan ?

     Perpaduan ialah penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.[1] Ia perhubungan sosial yang mengaitkan manusia.Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakat.

     Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza.Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula,terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

Ibn Khaldun[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut: Asabiyyah

Asabiyyah merujuk kepada perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan,kesedaran kumpulan, dan kepaduan sosial,[2] pada asalnya di dalam konteks "kepuakan" dan "kesukuan",tetapi kadangkala digunakan untuk nasionalisme moden,menyerupai sistem komunalisme.Istilah Ibn Khaldun secara amnya sama dengan perpaduan.[3][4]

Ibn Khaldun dengan secara efektif menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya. Beliau menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir empayar dan menggunakan kepaduan yang terdapat dalam masyarakat pinggiran untuk membawa perubahan kepada pimpinan.[3]

Durkheim[sunting | sunting sumber]

Mengikut Émile Durkheim,jenis-jenis perpaduan masyarakat itu seiringan dengan jenis masyarakat. Durkheim memperkenalkan istilah perpaduan mekanikal dan organik sebagai sebahagian daripada teorinya berkaitan pembangunan masyarakat dalam karyanya,The Division of Labour in Society (1893) (Pembahagian Tenaga Kerja dalam Masyarakat). Dalam sesuatu masyarakat yang mempamirkan perpaduan mekanikal, kejeleketan dan perpaduan datang daripada warga yang serupa–warganya berasa terkait melalui kerja,pendidikan dan latihan keagamaan, dan cara hidup.Perpaduan mekanikal terdapat dalam masyarakat yang "tradisional" dan masyarakat kecil.[5] Perpaduan organik pula muncul daripada pergantungan saling dalam kalangan ahli masyarakat. Keadaan saling bergantung ini pula muncul ekoran pengkhususan kerja dan warga masyarakat yang saling melengkapi, yakni perkembangan yang terdapat dalam masyarakat "moden" dan "industri".


No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuhi sebahagian da...