CARA-CARA

 Bagaimanakah aktiviti kesukanan dapat menjalingkan perpaduaan kaum ?


       Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduaan. Contohnya,aktiviti bersukan dapat menggeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama sukan boleh menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan persaing.Selain itu,negara Malaysia yang tercinta ini telah mengadakan temasya sukan Malaysia iaitu SUKMA setiap dua tahun sekali yang mana dapat memupuk perpaduaan dalam kalangaan permain atau penonton.Disamping itu,bersukan juga menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum yang mana kesannya kita dapat mempertahankan kedaulatan.Negara yang tercinta ini dapat mencapai kemajuaan justeru mampu bersaing dengan negara lain.
     
     Sukan yang melibatkan pelbagai etnik dapat memberi peluang kepada mereka untuk bekerjasama sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.Di samping itu juga sukan dapat mengikis segala jenis gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seterusnya menyumbang ke arah perpaduan negara.Pepatah mengatakan ‘badan sihat otak cerdas’ merujuk kepada sukan yang mampu melahirkan generasi cergas yang mana bukan sahaja dari segi jasmani dan rohani malah menjadi asbab pengukuhan kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat untuk memastikan perpaduan terus utuh dalam kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuhi sebahagian da...