LANGKAH-LANGKAH

 Langkah-langkah mengatasi retaknya perpaduaan kaum ?

Individu:

Peranan individual juga merupakan peranan yang pentng  bagi mengatasi kemulut sosial ini. Hal ini dikatakan demikian kerana apa-apa yang dilakukan adalah berdasarkankehendak dan kemahuan diri sendiri. Sekiranya diri sendiri tidak mahu melakukan itu,maka kita tidak akan melakukanya.Sudah terang lagi bersuluh,setengah kajian menyatakan apa-apa yang berlaku atas kemahuan diri sendiri. Olehitu,remaja-remaja perlulah muhasabah diri sebelum menunding jari kepada sesiapa. Bak kata pepatah, “sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna”.Dengan ini, kejebatan moral dalam karangan remaja boleh dikurangkan,seterusnya dapat membuka jendela kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Masyarakat:

Pada era globalisasi ini aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama bak kata pepatah bagai aur dengan tebing untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman. Aktiviti sebegini mampu menjamin keceriaan kawasan kediaman masyarakat dan juga membuka ruang serta peluang komunikasi antara jiran tetangga. Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka haruslah diperkukuh di negara kita. Rumah terbuka merupakan kaedah pemupukan perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain, aktiviti kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan kaum.

Kerajaan:

Memantapkan hubungan kaum di Malaysia,kerajaan memainkan peranan penting dalam merangka semula dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat serta integrasi nasional. Antara salah satu daripada langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan adalah meneruskan dan mejayakan tiga dasar-dasar penting iaitu Dasar EkonomiBaru, Dasar Pembangunan Nasional,dan Dasar Wawasan Nasional yang mempunyai satu matlamat yang sama di mana untuk mencapai perpaduan negara dan keharmonian sosial melalui sosioekonomi yang seimbang di Malaysia.

Kerajaan haruslah membasmi kemiskinan yang berterusan tanpa mengira kaum/keturunan supaya mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum baik di kawasan bandar mahupun luar bandar serta antarawilayah. Dengan itu, kerajaan perlulah membuka dan membangunkan tanah-tanahbaru di luar bandar supaya dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sertamelaksanakan program-program pemberian subsidi dan kredit serta kemahiran bagipekebun kecil, nelayan, pekerja ladang dan sebagainya. Manakala di bandar pula,kerajaan bolehlah menambahkan peluang-peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, perdagangan dan perkhidmatan kerajaan dengan membuka danmemajukan lebih banyak kawasan perindustrian baru. 

No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuhi sebahagian da...