KESIMPULAN

 Kesimpulannya,


      Kesimpulannya,sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.
      
     Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan.Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.


No comments:

Post a Comment

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan projek ini bagi memenuhi sebahagian da...